Grayscale Litecoin Trust (LTCN) Meningkat Lebih 32%

Lời nói đầu:Siapa sangka pelabur kripto akhirnya nampak potensi Litecoin (LTC)? Berdasarkan pemerhatian graf, Grayscale Litecoin Trust (LTCN) mencatatkan peningkatan sebanyak 32.39% pada hari ini selepas sebulan mencatatkan pergerakan mendatar.

Ada dua faktor utama kepada peningkatan ini:

  • Pelumba kereta, Landon Cassil menjadi individu pertama dibayar di dalam kripto iaitu Litecoin (LTC) dalam perlumbaan di Darlington semalam waktu tempatan.

  • Lonjakan LTC sebanyak 34.72% ke paras $200 menyebabkan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi meningkat mendadak.

Pada masa yang sama, faktor disebut turut disokong kuat oleh volatility (ketidaktentuan) yang rendah iaitu sekitar 58%, melindungi aset ini daripada turun naik harga yang tiba-tiba.

LTC/BTC juga menunjukkan kolerasi yang tinggi iaitu 0.97, mengekalkan nilai aset yang mengukuh.

Ternyata prestasi Litecoin jauh daripada apa yang dijangkakan oleh 76% panelis pada Ogos lalu. Pada hemat mereka, Litecoin akan gagal dan tidak mustahil akan terus lenyap kerana kerelevanannya yang semakin menghilang.

Ketika penulisan, Litecoin mencatatkan nilai dagangan $226.4, meningkat hampir 6% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan lebih 45% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 10 Mei, $412.96.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

NHỮNG ĐIỀU CẦN BIẾT VỀ CHỈ SỐ BITCOIN FEAR VÀ GREED INDEX

Bài tiếp theo

NHỮNG ĐẶC ĐIỂM CỦA MỘT DỰ ÁN DEFI SCAM