Grayscale Litecoin Trust (LTCN) Meningkat Lebih 32%

Абстракт:Siapa sangka pelabur kripto akhirnya nampak potensi Litecoin (LTC)? Berdasarkan pemerhatian graf, Grayscale Litecoin Trust (LTCN) mencatatkan peningkatan sebanyak 32.39% pada hari ini selepas sebulan mencatatkan pergerakan mendatar.

Ada dua faktor utama kepada peningkatan ini:

  • Pelumba kereta, Landon Cassil menjadi individu pertama dibayar di dalam kripto iaitu Litecoin (LTC) dalam perlumbaan di Darlington semalam waktu tempatan.

  • Lonjakan LTC sebanyak 34.72% ke paras $200 menyebabkan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi meningkat mendadak.

Pada masa yang sama, faktor disebut turut disokong kuat oleh volatility (ketidaktentuan) yang rendah iaitu sekitar 58%, melindungi aset ini daripada turun naik harga yang tiba-tiba.

LTC/BTC juga menunjukkan kolerasi yang tinggi iaitu 0.97, mengekalkan nilai aset yang mengukuh.

Ternyata prestasi Litecoin jauh daripada apa yang dijangkakan oleh 76% panelis pada Ogos lalu. Pada hemat mereka, Litecoin akan gagal dan tidak mustahil akan terus lenyap kerana kerelevanannya yang semakin menghilang.

Ketika penulisan, Litecoin mencatatkan nilai dagangan $226.4, meningkat hampir 6% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan lebih 45% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 10 Mei, $412.96.

Отказ от ответственности

Мнения в этой статье отражают только личное мнение автора и не являются советом по инвестированию для этой платформы. Эта платформа не гарантирует точность, полноту и актуальность информации о статье, а также не несет ответственности за любые убытки, вызванные использованием или надежностью информации о статье.
Предыдущая статья

Новости крипторынка: новые теневые банки и цена BTC

Следущая статья

Ethereum в несколько раз превзойдет биткоин по темпам роста цены - Standard Chartered