Grayscale Litecoin Trust (LTCN) Meningkat Lebih 32%

요약:Siapa sangka pelabur kripto akhirnya nampak potensi Litecoin (LTC)? Berdasarkan pemerhatian graf, Grayscale Litecoin Trust (LTCN) mencatatkan peningkatan sebanyak 32.39% pada hari ini selepas sebulan mencatatkan pergerakan mendatar.

Ada dua faktor utama kepada peningkatan ini:

  • Pelumba kereta, Landon Cassil menjadi individu pertama dibayar di dalam kripto iaitu Litecoin (LTC) dalam perlumbaan di Darlington semalam waktu tempatan.

  • Lonjakan LTC sebanyak 34.72% ke paras $200 menyebabkan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi meningkat mendadak.

Pada masa yang sama, faktor disebut turut disokong kuat oleh volatility (ketidaktentuan) yang rendah iaitu sekitar 58%, melindungi aset ini daripada turun naik harga yang tiba-tiba.

LTC/BTC juga menunjukkan kolerasi yang tinggi iaitu 0.97, mengekalkan nilai aset yang mengukuh.

Ternyata prestasi Litecoin jauh daripada apa yang dijangkakan oleh 76% panelis pada Ogos lalu. Pada hemat mereka, Litecoin akan gagal dan tidak mustahil akan terus lenyap kerana kerelevanannya yang semakin menghilang.

Ketika penulisan, Litecoin mencatatkan nilai dagangan $226.4, meningkat hampir 6% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan lebih 45% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 10 Mei, $412.96.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"