Grayscale Litecoin Trust (LTCN) Meningkat Lebih 32%

Extracto:Siapa sangka pelabur kripto akhirnya nampak potensi Litecoin (LTC)? Berdasarkan pemerhatian graf, Grayscale Litecoin Trust (LTCN) mencatatkan peningkatan sebanyak 32.39% pada hari ini selepas sebulan mencatatkan pergerakan mendatar.

Ada dua faktor utama kepada peningkatan ini:

  • Pelumba kereta, Landon Cassil menjadi individu pertama dibayar di dalam kripto iaitu Litecoin (LTC) dalam perlumbaan di Darlington semalam waktu tempatan.

  • Lonjakan LTC sebanyak 34.72% ke paras $200 menyebabkan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi meningkat mendadak.

Pada masa yang sama, faktor disebut turut disokong kuat oleh volatility (ketidaktentuan) yang rendah iaitu sekitar 58%, melindungi aset ini daripada turun naik harga yang tiba-tiba.

LTC/BTC juga menunjukkan kolerasi yang tinggi iaitu 0.97, mengekalkan nilai aset yang mengukuh.

Ternyata prestasi Litecoin jauh daripada apa yang dijangkakan oleh 76% panelis pada Ogos lalu. Pada hemat mereka, Litecoin akan gagal dan tidak mustahil akan terus lenyap kerana kerelevanannya yang semakin menghilang.

Ketika penulisan, Litecoin mencatatkan nilai dagangan $226.4, meningkat hampir 6% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan lebih 45% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 10 Mei, $412.96.

Descargo de responsabilidad

Las opiniones de este artículo solo representan las opiniones personales del autor y no constituyen un consejo de inversión para esta plataforma. Esta plataforma no garantiza la precisión, integridad y actualidad de la información del artículo, ni es responsable de ninguna pérdida causada por el uso o la confianza en la información del artículo.
El anterior

3 Altcoins Que Podrían Asesinar A Ethereum: Más Baratas Y Con Capacidad De Contratos Inteligentes

El siguiente

¡Adiós A Las Comisiones!: Ahora Podrás Pasar AXS Y SLP De Ronin A Binance Siguiendo Estos Pasos