Grayscale Litecoin Trust (LTCN) Meningkat Lebih 32%

Özet:Siapa sangka pelabur kripto akhirnya nampak potensi Litecoin (LTC)? Berdasarkan pemerhatian graf, Grayscale Litecoin Trust (LTCN) mencatatkan peningkatan sebanyak 32.39% pada hari ini selepas sebulan mencatatkan pergerakan mendatar.

Ada dua faktor utama kepada peningkatan ini:

  • Pelumba kereta, Landon Cassil menjadi individu pertama dibayar di dalam kripto iaitu Litecoin (LTC) dalam perlumbaan di Darlington semalam waktu tempatan.

  • Lonjakan LTC sebanyak 34.72% ke paras $200 menyebabkan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi meningkat mendadak.

Pada masa yang sama, faktor disebut turut disokong kuat oleh volatility (ketidaktentuan) yang rendah iaitu sekitar 58%, melindungi aset ini daripada turun naik harga yang tiba-tiba.

LTC/BTC juga menunjukkan kolerasi yang tinggi iaitu 0.97, mengekalkan nilai aset yang mengukuh.

Ternyata prestasi Litecoin jauh daripada apa yang dijangkakan oleh 76% panelis pada Ogos lalu. Pada hemat mereka, Litecoin akan gagal dan tidak mustahil akan terus lenyap kerana kerelevanannya yang semakin menghilang.

Ketika penulisan, Litecoin mencatatkan nilai dagangan $226.4, meningkat hampir 6% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan lebih 45% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 10 Mei, $412.96.

Feragatname

Bu makaledeki görüşler yalnızca yazarın kişisel görüşlerini temsil eder ve bu platform için yatırım tavsiyesi teşkil etmez. Bu platform, makale bilgilerinin doğruluğunu, eksiksizliğini ve güncelliğini garanti etmez ve makale bilgilerinin kullanılması veya bunlara güvenilmesinden kaynaklanan herhangi bir kayıptan sorumlu değildir.
Önceki Gönderi

Bitcoin fiyatı 55 bin doların altına geriledi

Sonraki

TOP 3 altcoin için teknik analiz ve fiyat tahmini: ETH, BNB, SOL | 23.11