
Ada dua faktor utama kepada peningkatan ini:
Pelumba kereta, Landon Cassil menjadi individu pertama dibayar di dalam kripto iaitu Litecoin (LTC) dalam perlumbaan di Darlington semalam waktu tempatan.
Lonjakan LTC sebanyak 34.72% ke paras $200 menyebabkan minat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi meningkat mendadak.
Pada masa yang sama, faktor disebut turut disokong kuat oleh volatility (ketidaktentuan) yang rendah iaitu sekitar 58%, melindungi aset ini daripada turun naik harga yang tiba-tiba.
LTC/BTC juga menunjukkan kolerasi yang tinggi iaitu 0.97, mengekalkan nilai aset yang mengukuh.
Ternyata prestasi Litecoin jauh daripada apa yang dijangkakan oleh 76% panelis pada Ogos lalu. Pada hemat mereka, Litecoin akan gagal dan tidak mustahil akan terus lenyap kerana kerelevanannya yang semakin menghilang.
Ketika penulisan, Litecoin mencatatkan nilai dagangan $226.4, meningkat hampir 6% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan lebih 45% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 10 Mei, $412.96.

