Binance Umum Tamatkan Perkhidmatan Derivatif, Negara Asia Ini Jadi Sasaran!

摘要:Syarikat terkemuka pertukaran kripto terkemuka, Binance kembali meneruskan langkah drastik mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan sebagai inisiatif untuk memenuhi peraturan perlindungan pelanggan.

Dalam pengumuman terbaru, Binance mendedahkan bahawa pihak mereka akan mengenakan larangan dan sekatan terhadap pengguna dari Hong Kong dari membuka akaun produk derivatif yang baru.

Larangan ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh yang akan diumumkan kelak dari pihak Binance. Dengan ini, pengguna Hong Kong hanya mempunyai 90 hari untuk melakukan dagangan, selepas daripada waktu itu semuanya akan dihentikan serta merta. Dalam tempoh tersebut, pembukaan akaun baru juga adalah tidak dibenarkan.

Dalam salah satu kenyataan, Binance mengatakan, “sebagai peneraju pasaran, Binance sentiasa menilai penawaran produk dan perkhidmatannya. Justeru, pihak Binance telah sebulat suara untuk mengambil keputusan menghadkan pengguna Hong Kong daripada terlibat dalam pembelian derivatif (termasuk semua niaga hadapan, opsyen, produk margin, dan leverage). Ini adalah sebahagian daripada komitmen Binance untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan”.

Pertukaran tersebut menjelaskan bahawa ia akan mengambil sikap secara proaktif dan bukannya secara reaktif untuk mematuhi peraturan di seluruh dunia. Pengumuman ini hadir selepas Binance menghentikan perkhidmatan derivatif untuk pengguna di Itali, Jerman, dan Belanda.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼深度 | TRON为GamiFi设立3亿美元基金后 是投资的好时机吗?

下一篇

上线一周盘点:EIP-1559对矿工收入造成影响了吗?