Binance Umum Tamatkan Perkhidmatan Derivatif, Negara Asia Ini Jadi Sasaran!

Extrait:Syarikat terkemuka pertukaran kripto terkemuka, Binance kembali meneruskan langkah drastik mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan sebagai inisiatif untuk memenuhi peraturan perlindungan pelanggan.

Dalam pengumuman terbaru, Binance mendedahkan bahawa pihak mereka akan mengenakan larangan dan sekatan terhadap pengguna dari Hong Kong dari membuka akaun produk derivatif yang baru.

Larangan ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh yang akan diumumkan kelak dari pihak Binance. Dengan ini, pengguna Hong Kong hanya mempunyai 90 hari untuk melakukan dagangan, selepas daripada waktu itu semuanya akan dihentikan serta merta. Dalam tempoh tersebut, pembukaan akaun baru juga adalah tidak dibenarkan.

Dalam salah satu kenyataan, Binance mengatakan, “sebagai peneraju pasaran, Binance sentiasa menilai penawaran produk dan perkhidmatannya. Justeru, pihak Binance telah sebulat suara untuk mengambil keputusan menghadkan pengguna Hong Kong daripada terlibat dalam pembelian derivatif (termasuk semua niaga hadapan, opsyen, produk margin, dan leverage). Ini adalah sebahagian daripada komitmen Binance untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan”.

Pertukaran tersebut menjelaskan bahawa ia akan mengambil sikap secara proaktif dan bukannya secara reaktif untuk mematuhi peraturan di seluruh dunia. Pengumuman ini hadir selepas Binance menghentikan perkhidmatan derivatif untuk pengguna di Itali, Jerman, dan Belanda.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Envie de faire du Day Trading?

Article suivant

Le hacker de Poly Network met le public au défi de deviner son identité