Binance Umum Tamatkan Perkhidmatan Derivatif, Negara Asia Ini Jadi Sasaran!

요약:Syarikat terkemuka pertukaran kripto terkemuka, Binance kembali meneruskan langkah drastik mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan sebagai inisiatif untuk memenuhi peraturan perlindungan pelanggan.

Dalam pengumuman terbaru, Binance mendedahkan bahawa pihak mereka akan mengenakan larangan dan sekatan terhadap pengguna dari Hong Kong dari membuka akaun produk derivatif yang baru.

Larangan ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh yang akan diumumkan kelak dari pihak Binance. Dengan ini, pengguna Hong Kong hanya mempunyai 90 hari untuk melakukan dagangan, selepas daripada waktu itu semuanya akan dihentikan serta merta. Dalam tempoh tersebut, pembukaan akaun baru juga adalah tidak dibenarkan.

Dalam salah satu kenyataan, Binance mengatakan, “sebagai peneraju pasaran, Binance sentiasa menilai penawaran produk dan perkhidmatannya. Justeru, pihak Binance telah sebulat suara untuk mengambil keputusan menghadkan pengguna Hong Kong daripada terlibat dalam pembelian derivatif (termasuk semua niaga hadapan, opsyen, produk margin, dan leverage). Ini adalah sebahagian daripada komitmen Binance untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan”.

Pertukaran tersebut menjelaskan bahawa ia akan mengambil sikap secara proaktif dan bukannya secara reaktif untuk mematuhi peraturan di seluruh dunia. Pengumuman ini hadir selepas Binance menghentikan perkhidmatan derivatif untuk pengguna di Itali, Jerman, dan Belanda.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"