Binance Umum Tamatkan Perkhidmatan Derivatif, Negara Asia Ini Jadi Sasaran!

Lời nói đầu:Syarikat terkemuka pertukaran kripto terkemuka, Binance kembali meneruskan langkah drastik mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan sebagai inisiatif untuk memenuhi peraturan perlindungan pelanggan.

Dalam pengumuman terbaru, Binance mendedahkan bahawa pihak mereka akan mengenakan larangan dan sekatan terhadap pengguna dari Hong Kong dari membuka akaun produk derivatif yang baru.

Larangan ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh yang akan diumumkan kelak dari pihak Binance. Dengan ini, pengguna Hong Kong hanya mempunyai 90 hari untuk melakukan dagangan, selepas daripada waktu itu semuanya akan dihentikan serta merta. Dalam tempoh tersebut, pembukaan akaun baru juga adalah tidak dibenarkan.

Dalam salah satu kenyataan, Binance mengatakan, “sebagai peneraju pasaran, Binance sentiasa menilai penawaran produk dan perkhidmatannya. Justeru, pihak Binance telah sebulat suara untuk mengambil keputusan menghadkan pengguna Hong Kong daripada terlibat dalam pembelian derivatif (termasuk semua niaga hadapan, opsyen, produk margin, dan leverage). Ini adalah sebahagian daripada komitmen Binance untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan”.

Pertukaran tersebut menjelaskan bahawa ia akan mengambil sikap secara proaktif dan bukannya secara reaktif untuk mematuhi peraturan di seluruh dunia. Pengumuman ini hadir selepas Binance menghentikan perkhidmatan derivatif untuk pengguna di Itali, Jerman, dan Belanda.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

CHỈ BÁO FIBONACCI LÀ GÌ? BÍ QUYẾT ÁP DỤNG FIBONACCI TRONG TRADE COIN

Bài tiếp theo

TOP VÍ LƯU TRỮ RIPPLE AN TOÀN 2021