Binance Umum Tamatkan Perkhidmatan Derivatif, Negara Asia Ini Jadi Sasaran!

概要:Syarikat terkemuka pertukaran kripto terkemuka, Binance kembali meneruskan langkah drastik mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan sebagai inisiatif untuk memenuhi peraturan perlindungan pelanggan.

Dalam pengumuman terbaru, Binance mendedahkan bahawa pihak mereka akan mengenakan larangan dan sekatan terhadap pengguna dari Hong Kong dari membuka akaun produk derivatif yang baru.

Larangan ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh yang akan diumumkan kelak dari pihak Binance. Dengan ini, pengguna Hong Kong hanya mempunyai 90 hari untuk melakukan dagangan, selepas daripada waktu itu semuanya akan dihentikan serta merta. Dalam tempoh tersebut, pembukaan akaun baru juga adalah tidak dibenarkan.

Dalam salah satu kenyataan, Binance mengatakan, “sebagai peneraju pasaran, Binance sentiasa menilai penawaran produk dan perkhidmatannya. Justeru, pihak Binance telah sebulat suara untuk mengambil keputusan menghadkan pengguna Hong Kong daripada terlibat dalam pembelian derivatif (termasuk semua niaga hadapan, opsyen, produk margin, dan leverage). Ini adalah sebahagian daripada komitmen Binance untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan”.

Pertukaran tersebut menjelaskan bahawa ia akan mengambil sikap secara proaktif dan bukannya secara reaktif untuk mematuhi peraturan di seluruh dunia. Pengumuman ini hadir selepas Binance menghentikan perkhidmatan derivatif untuk pengguna di Itali, Jerman, dan Belanda.

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

Poly Networkのハッカー 資金を返還へ

次へ

暗号通貨に投資する企業さらに増加傾向に