Microsoft Pilih Blockchain Ethereum Untuk Sekat Aktiviti Cetak Rompak

Resumo:Jabatan penyelidikan Microsoft dengan kerjasama penyelidik daripada Alibaba dan Carnegie Mellon University mendedahkan firma itu sedang mengkaji sistem insentif berasaskan blockchain untuk meningkatkan kempen anti-cetak rompak.

Sistem baharu yang diperkenalkan Microsoft, Argus menunjukkan kebergantungan terhadap aspek ketelusan teknologi blockchain.

Argus dibangunkan di blockchain Ethereum dengan tujuan untuk menyediakan mekanisme insentif tanpa kepercayaan (trustless incentive mechanism) dan pada masa yang sama melindungi data terkumpul daripada populasi penyampai cetak rompak.

Tidak cukup dengan itu, Argus juga membolehkan pengesanan semula kandungan cetak rompak kepada sumber dengan algoritma watermark. Melalui cara ini, tiada siapa pun kecuali pemberi maklumat dapat melaporkan salinan dengan watermark tanpa benar-benar memilikinya.

Argus turut memiliki insentif pengurangan perlindungan bagi mengelakkan pemberi maklumat melaporkan kebocoran kandungan yang sama berulang kali dengan penggunaan nama yang berbeza-beza.

Pihak pembangun juga telah mengoptimakan beberapa operasi kriptografik, menjadikan kos untuk melaporkan cetak rompak menyamai kos menghantar sekitar 14 transaksi pemindahan ETH untuk dijalankan rangkaian umum Ethereum.

Sebelum ini juga Microsoft ada menawarkan Ethereum Blockchain sebagai Service (EBaaS) di Microsoft Azure sebelum mengumumkan penamatan perkhidmatan tersebut pada 10 September ini.

Selain itu, pada Disember 2020, Microsoft telah memilih blockchain Ethereum untuk pengurusan hakcipta dan royalti gaming.

Isenção de responsabilidade

Os pontos de vista expressos neste artigo representam a opinião pessoal do autor e não constituem conselhos de investimento da plataforma. A plataforma não garante a veracidade, completude ou actualidade da informação contida neste artigo e não é responsável por quaisquer perdas resultantes da utilização ou confiança na informação contida neste artigo.
Postagem anterior

Além do Axie Infinity: Confira 6 Jogos Blockchain para Ganhar Dinheiro na Internet

Próximo

Rede de shoppings BrMalls vai instalar 15 caixas eletrônicos de criptomoedas e até fim do ano Brasil pode chegar a 50