Microsoft Pilih Blockchain Ethereum Untuk Sekat Aktiviti Cetak Rompak

요약:Jabatan penyelidikan Microsoft dengan kerjasama penyelidik daripada Alibaba dan Carnegie Mellon University mendedahkan firma itu sedang mengkaji sistem insentif berasaskan blockchain untuk meningkatkan kempen anti-cetak rompak.

Sistem baharu yang diperkenalkan Microsoft, Argus menunjukkan kebergantungan terhadap aspek ketelusan teknologi blockchain.

Argus dibangunkan di blockchain Ethereum dengan tujuan untuk menyediakan mekanisme insentif tanpa kepercayaan (trustless incentive mechanism) dan pada masa yang sama melindungi data terkumpul daripada populasi penyampai cetak rompak.

Tidak cukup dengan itu, Argus juga membolehkan pengesanan semula kandungan cetak rompak kepada sumber dengan algoritma watermark. Melalui cara ini, tiada siapa pun kecuali pemberi maklumat dapat melaporkan salinan dengan watermark tanpa benar-benar memilikinya.

Argus turut memiliki insentif pengurangan perlindungan bagi mengelakkan pemberi maklumat melaporkan kebocoran kandungan yang sama berulang kali dengan penggunaan nama yang berbeza-beza.

Pihak pembangun juga telah mengoptimakan beberapa operasi kriptografik, menjadikan kos untuk melaporkan cetak rompak menyamai kos menghantar sekitar 14 transaksi pemindahan ETH untuk dijalankan rangkaian umum Ethereum.

Sebelum ini juga Microsoft ada menawarkan Ethereum Blockchain sebagai Service (EBaaS) di Microsoft Azure sebelum mengumumkan penamatan perkhidmatan tersebut pada 10 September ini.

Selain itu, pada Disember 2020, Microsoft telah memilih blockchain Ethereum untuk pengurusan hakcipta dan royalti gaming.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"