Microsoft Pilih Blockchain Ethereum Untuk Sekat Aktiviti Cetak Rompak

摘要:Jabatan penyelidikan Microsoft dengan kerjasama penyelidik daripada Alibaba dan Carnegie Mellon University mendedahkan firma itu sedang mengkaji sistem insentif berasaskan blockchain untuk meningkatkan kempen anti-cetak rompak.

Sistem baharu yang diperkenalkan Microsoft, Argus menunjukkan kebergantungan terhadap aspek ketelusan teknologi blockchain.

Argus dibangunkan di blockchain Ethereum dengan tujuan untuk menyediakan mekanisme insentif tanpa kepercayaan (trustless incentive mechanism) dan pada masa yang sama melindungi data terkumpul daripada populasi penyampai cetak rompak.

Tidak cukup dengan itu, Argus juga membolehkan pengesanan semula kandungan cetak rompak kepada sumber dengan algoritma watermark. Melalui cara ini, tiada siapa pun kecuali pemberi maklumat dapat melaporkan salinan dengan watermark tanpa benar-benar memilikinya.

Argus turut memiliki insentif pengurangan perlindungan bagi mengelakkan pemberi maklumat melaporkan kebocoran kandungan yang sama berulang kali dengan penggunaan nama yang berbeza-beza.

Pihak pembangun juga telah mengoptimakan beberapa operasi kriptografik, menjadikan kos untuk melaporkan cetak rompak menyamai kos menghantar sekitar 14 transaksi pemindahan ETH untuk dijalankan rangkaian umum Ethereum.

Sebelum ini juga Microsoft ada menawarkan Ethereum Blockchain sebagai Service (EBaaS) di Microsoft Azure sebelum mengumumkan penamatan perkhidmatan tersebut pada 10 September ini.

Selain itu, pada Disember 2020, Microsoft telah memilih blockchain Ethereum untuk pengurusan hakcipta dan royalti gaming.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)