Microsoft Pilih Blockchain Ethereum Untuk Sekat Aktiviti Cetak Rompak

Extracto:Jabatan penyelidikan Microsoft dengan kerjasama penyelidik daripada Alibaba dan Carnegie Mellon University mendedahkan firma itu sedang mengkaji sistem insentif berasaskan blockchain untuk meningkatkan kempen anti-cetak rompak.

Sistem baharu yang diperkenalkan Microsoft, Argus menunjukkan kebergantungan terhadap aspek ketelusan teknologi blockchain.

Argus dibangunkan di blockchain Ethereum dengan tujuan untuk menyediakan mekanisme insentif tanpa kepercayaan (trustless incentive mechanism) dan pada masa yang sama melindungi data terkumpul daripada populasi penyampai cetak rompak.

Tidak cukup dengan itu, Argus juga membolehkan pengesanan semula kandungan cetak rompak kepada sumber dengan algoritma watermark. Melalui cara ini, tiada siapa pun kecuali pemberi maklumat dapat melaporkan salinan dengan watermark tanpa benar-benar memilikinya.

Argus turut memiliki insentif pengurangan perlindungan bagi mengelakkan pemberi maklumat melaporkan kebocoran kandungan yang sama berulang kali dengan penggunaan nama yang berbeza-beza.

Pihak pembangun juga telah mengoptimakan beberapa operasi kriptografik, menjadikan kos untuk melaporkan cetak rompak menyamai kos menghantar sekitar 14 transaksi pemindahan ETH untuk dijalankan rangkaian umum Ethereum.

Sebelum ini juga Microsoft ada menawarkan Ethereum Blockchain sebagai Service (EBaaS) di Microsoft Azure sebelum mengumumkan penamatan perkhidmatan tersebut pada 10 September ini.

Selain itu, pada Disember 2020, Microsoft telah memilih blockchain Ethereum untuk pengurusan hakcipta dan royalti gaming.

Descargo de responsabilidad

Las opiniones de este artículo solo representan las opiniones personales del autor y no constituyen un consejo de inversión para esta plataforma. Esta plataforma no garantiza la precisión, integridad y actualidad de la información del artículo, ni es responsable de ninguna pérdida causada por el uso o la confianza en la información del artículo.
El anterior

Hacker que Robó 600 Millones de Dólares del Protocolo Poly Network Afirma que Usará la Recompensa Para Volverlo a Hackear

El siguiente

Hacker Descubre un Bug de 350 Millones de Dólares en el DEX SushiSwap