Microsoft Pilih Blockchain Ethereum Untuk Sekat Aktiviti Cetak Rompak

概要:Jabatan penyelidikan Microsoft dengan kerjasama penyelidik daripada Alibaba dan Carnegie Mellon University mendedahkan firma itu sedang mengkaji sistem insentif berasaskan blockchain untuk meningkatkan kempen anti-cetak rompak.

Sistem baharu yang diperkenalkan Microsoft, Argus menunjukkan kebergantungan terhadap aspek ketelusan teknologi blockchain.

Argus dibangunkan di blockchain Ethereum dengan tujuan untuk menyediakan mekanisme insentif tanpa kepercayaan (trustless incentive mechanism) dan pada masa yang sama melindungi data terkumpul daripada populasi penyampai cetak rompak.

Tidak cukup dengan itu, Argus juga membolehkan pengesanan semula kandungan cetak rompak kepada sumber dengan algoritma watermark. Melalui cara ini, tiada siapa pun kecuali pemberi maklumat dapat melaporkan salinan dengan watermark tanpa benar-benar memilikinya.

Argus turut memiliki insentif pengurangan perlindungan bagi mengelakkan pemberi maklumat melaporkan kebocoran kandungan yang sama berulang kali dengan penggunaan nama yang berbeza-beza.

Pihak pembangun juga telah mengoptimakan beberapa operasi kriptografik, menjadikan kos untuk melaporkan cetak rompak menyamai kos menghantar sekitar 14 transaksi pemindahan ETH untuk dijalankan rangkaian umum Ethereum.

Sebelum ini juga Microsoft ada menawarkan Ethereum Blockchain sebagai Service (EBaaS) di Microsoft Azure sebelum mengumumkan penamatan perkhidmatan tersebut pada 10 September ini.

Selain itu, pada Disember 2020, Microsoft telah memilih blockchain Ethereum untuk pengurusan hakcipta dan royalti gaming.

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

「イーサリアムキラー」ソラナの夏【仮想通貨相場】

次へ

アリババ ブロックチェーンIP経由で、NFT著作権を取得可能に