‘EIP-1559’ Ethereum 34x Ganda Lagi Power Berbanding ‘SegWit’ Bitcoin!

Resumo:Peminat Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pastinya sedang mengikut dekat perkembangan blockchain sejak pelancaran Segwit dan EIP-1559. Pembangun Yearn Finance @banteg menerusi twitnya pada hari ini ada membuat satu perbandingan penambahbaikan rangkaian yang diperkenalkan kedua-dua rangkaian tersebut.

Menurutnya, pertumbuhan EIP-1599 melalui hard fork London yang bersiaran sejak 3 minggu lalu merekodkan penerapan 34x lebih pantas berbanding SegWit yang dilancarkan pada empat tahun lalu, 25 Ogos 2017.

Jika EIP-1599 menyaksikan 55% penerapan dalam masa sesingkat itu, SegWit pula mengambil tempoh yang lama untuk mencapai 80% penerapan dalam transaksi BTC.

Ini bermakna, untuk mencapai paras yang sama seperti EIP-1599, SegWit memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun!

Sebagai rekod, SegWit memainkan peranan dalam integrasi penyelesaian berskala second-layer, Lightning Network. Ia meningkatkan saiz blok, sekaligus menggalakkan lebih banyak transaksi berlaku di blockchain tersebut.

Manakala EIP-1559 pula lebih menfokuskan kepada kestabilan dan jangkaan harga gas, berbanding mengurangkan kos gas semata-mata dalam jumlah yang besar.

Sejak pelancarannya, dilaporkan sebanyak 106,000 ETH (sekitar $330 juta) telah dibakar, berdasarkan harga semasa Ether, $3,120.

Isenção de responsabilidade

Os pontos de vista expressos neste artigo representam a opinião pessoal do autor e não constituem conselhos de investimento da plataforma. A plataforma não garante a veracidade, completude ou actualidade da informação contida neste artigo e não é responsável por quaisquer perdas resultantes da utilização ou confiança na informação contida neste artigo.
Postagem anterior

Previsão Aponta que Smooth Love Potion (SLP) Pode Subir 13.600% e Atingir US$ 15,23

Próximo

De graça: criptomoeda brasileira ligada ao agronegócio distribui R$ 130 mil em tokens