‘EIP-1559’ Ethereum 34x Ganda Lagi Power Berbanding ‘SegWit’ Bitcoin!

Абстракт:Peminat Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pastinya sedang mengikut dekat perkembangan blockchain sejak pelancaran Segwit dan EIP-1559. Pembangun Yearn Finance @banteg menerusi twitnya pada hari ini ada membuat satu perbandingan penambahbaikan rangkaian yang diperkenalkan kedua-dua rangkaian tersebut.

Menurutnya, pertumbuhan EIP-1599 melalui hard fork London yang bersiaran sejak 3 minggu lalu merekodkan penerapan 34x lebih pantas berbanding SegWit yang dilancarkan pada empat tahun lalu, 25 Ogos 2017.

Jika EIP-1599 menyaksikan 55% penerapan dalam masa sesingkat itu, SegWit pula mengambil tempoh yang lama untuk mencapai 80% penerapan dalam transaksi BTC.

Ini bermakna, untuk mencapai paras yang sama seperti EIP-1599, SegWit memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun!

Sebagai rekod, SegWit memainkan peranan dalam integrasi penyelesaian berskala second-layer, Lightning Network. Ia meningkatkan saiz blok, sekaligus menggalakkan lebih banyak transaksi berlaku di blockchain tersebut.

Manakala EIP-1559 pula lebih menfokuskan kepada kestabilan dan jangkaan harga gas, berbanding mengurangkan kos gas semata-mata dalam jumlah yang besar.

Sejak pelancarannya, dilaporkan sebanyak 106,000 ETH (sekitar $330 juta) telah dibakar, berdasarkan harga semasa Ether, $3,120.

Отказ от ответственности

Мнения в этой статье отражают только личное мнение автора и не являются советом по инвестированию для этой платформы. Эта платформа не гарантирует точность, полноту и актуальность информации о статье, а также не несет ответственности за любые убытки, вызванные использованием или надежностью информации о статье.
Предыдущая статья

Microsoft token oluşturma yazılımı için patent aldı.

Следущая статья

Bitcoin, El Salvador'da 7 Eylül itibaren resmi para olacak!