‘EIP-1559’ Ethereum 34x Ganda Lagi Power Berbanding ‘SegWit’ Bitcoin!

abstrak:Peminat Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pastinya sedang mengikut dekat perkembangan blockchain sejak pelancaran Segwit dan EIP-1559. Pembangun Yearn Finance @banteg menerusi twitnya pada hari ini ada membuat satu perbandingan penambahbaikan rangkaian yang diperkenalkan kedua-dua rangkaian tersebut.

Menurutnya, pertumbuhan EIP-1599 melalui hard fork London yang bersiaran sejak 3 minggu lalu merekodkan penerapan 34x lebih pantas berbanding SegWit yang dilancarkan pada empat tahun lalu, 25 Ogos 2017.

Jika EIP-1599 menyaksikan 55% penerapan dalam masa sesingkat itu, SegWit pula mengambil tempoh yang lama untuk mencapai 80% penerapan dalam transaksi BTC.

Ini bermakna, untuk mencapai paras yang sama seperti EIP-1599, SegWit memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun!

Sebagai rekod, SegWit memainkan peranan dalam integrasi penyelesaian berskala second-layer, Lightning Network. Ia meningkatkan saiz blok, sekaligus menggalakkan lebih banyak transaksi berlaku di blockchain tersebut.

Manakala EIP-1559 pula lebih menfokuskan kepada kestabilan dan jangkaan harga gas, berbanding mengurangkan kos gas semata-mata dalam jumlah yang besar.

Sejak pelancarannya, dilaporkan sebanyak 106,000 ETH (sekitar $330 juta) telah dibakar, berdasarkan harga semasa Ether, $3,120.

Disclaimer

Ang mga pananaw sa artikulong ito ay kumakatawan lamang sa mga personal na pananaw ng may-akda at hindi bumubuo ng payo sa pamumuhunan para sa platform na ito. Ang platform na ito ay hindi ginagarantiyahan ang kawastuhan, pagkakumpleto at pagiging maagap na impormasyon ng artikulo, o mananagot din para sa anumang pagkawala na sanhi ng paggamit o pag-asa ng impormasyon ng artikulo.
Nakaraang post

Department of Finance on Axie Infinity Creator

Susunod

Offchain Labs Launches Arbitrum One Mainnet