‘EIP-1559’ Ethereum 34x Ganda Lagi Power Berbanding ‘SegWit’ Bitcoin!

摘要:Peminat Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pastinya sedang mengikut dekat perkembangan blockchain sejak pelancaran Segwit dan EIP-1559. Pembangun Yearn Finance @banteg menerusi twitnya pada hari ini ada membuat satu perbandingan penambahbaikan rangkaian yang diperkenalkan kedua-dua rangkaian tersebut.

Menurutnya, pertumbuhan EIP-1599 melalui hard fork London yang bersiaran sejak 3 minggu lalu merekodkan penerapan 34x lebih pantas berbanding SegWit yang dilancarkan pada empat tahun lalu, 25 Ogos 2017.

Jika EIP-1599 menyaksikan 55% penerapan dalam masa sesingkat itu, SegWit pula mengambil tempoh yang lama untuk mencapai 80% penerapan dalam transaksi BTC.

Ini bermakna, untuk mencapai paras yang sama seperti EIP-1599, SegWit memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun!

Sebagai rekod, SegWit memainkan peranan dalam integrasi penyelesaian berskala second-layer, Lightning Network. Ia meningkatkan saiz blok, sekaligus menggalakkan lebih banyak transaksi berlaku di blockchain tersebut.

Manakala EIP-1559 pula lebih menfokuskan kepada kestabilan dan jangkaan harga gas, berbanding mengurangkan kos gas semata-mata dalam jumlah yang besar.

Sejak pelancarannya, dilaporkan sebanyak 106,000 ETH (sekitar $330 juta) telah dibakar, berdasarkan harga semasa Ether, $3,120.

免責聲明

本文觀點僅代表作者個人觀點,不構成本平台的投資建議,本平台不對文章信息準確性、完整性和及時性作出任何保證,亦不對因使用或信賴文章信息引發的任何損失承擔責任
上一篇

【天眼合约日报】BTC延续震荡 调整或需更长时间

下一篇

CBDC|不丹合作「瑞波CBDC解決方案」試驗央行數位貨幣 | 動區動趨-最具影響力的區塊鏈媒體 (比特幣, 加密貨幣)