‘EIP-1559’ Ethereum 34x Ganda Lagi Power Berbanding ‘SegWit’ Bitcoin!

요약:Peminat Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) pastinya sedang mengikut dekat perkembangan blockchain sejak pelancaran Segwit dan EIP-1559. Pembangun Yearn Finance @banteg menerusi twitnya pada hari ini ada membuat satu perbandingan penambahbaikan rangkaian yang diperkenalkan kedua-dua rangkaian tersebut.

Menurutnya, pertumbuhan EIP-1599 melalui hard fork London yang bersiaran sejak 3 minggu lalu merekodkan penerapan 34x lebih pantas berbanding SegWit yang dilancarkan pada empat tahun lalu, 25 Ogos 2017.

Jika EIP-1599 menyaksikan 55% penerapan dalam masa sesingkat itu, SegWit pula mengambil tempoh yang lama untuk mencapai 80% penerapan dalam transaksi BTC.

Ini bermakna, untuk mencapai paras yang sama seperti EIP-1599, SegWit memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun!

Sebagai rekod, SegWit memainkan peranan dalam integrasi penyelesaian berskala second-layer, Lightning Network. Ia meningkatkan saiz blok, sekaligus menggalakkan lebih banyak transaksi berlaku di blockchain tersebut.

Manakala EIP-1559 pula lebih menfokuskan kepada kestabilan dan jangkaan harga gas, berbanding mengurangkan kos gas semata-mata dalam jumlah yang besar.

Sejak pelancarannya, dilaporkan sebanyak 106,000 ETH (sekitar $330 juta) telah dibakar, berdasarkan harga semasa Ether, $3,120.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"