Binance.Com Kini Dalam ‘Cengkaman’ Bank Pusat Singapura!

Extrait:Binance tidak terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa apabila laman webnya – Binance.com dilaporkan tersenarai dalam senarai peringatan pelabur Monetary Authority of Singapore (MAS). Berdasarkan senarai tersebut, Binance.com mula disenaraikan semalam, termasuk beberapa senarai lain entiti tidak berdaftar yang telah lama disenaraikan.

Khabar mendadak ini mengejutkan komuniti kripto di negara itu, seminggu selepas Binance melantik bekas ketua pegawai undang-undang Singapore Stock Exchange dan bekas pengarah kewangan korporat MAS sebagai CEO Binance Singapura.

Bagaimanapun, Binance.sg tidak tersenarai di dalam senarai peringatan pelabur MAS.

Jelas jurucakap Binance.sg, kedua-dua entiti tersebut merupakan bursa yang berbeza dan mereka tidak pernah menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan melalui Binance.com:

“Binance.sg beroperasi dengan organisasi tersendiri, memiliki eksekutif tempatan dan pasukan pengurusan. Ia disokong oleh Vertex Venture Holdings, hanya menumpukan kepada ekosistem matawang kripto dan penyediaan perkhidmatan kepada penggunanya di Singapura.”

Binance.sg masih terselamat memandangkan ia beroperasi melalui Binance Asia Services Pte. Ltd.

Lebih menyakinkan pelabur, ia juga dikurniakan pengecualian daripada memiliki lesen di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran untuk tempoh tertentu susulan daripada permohonan perlesenan entiti tersebut masih dalam pertimbangan MAS.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Excellentes performances de Binance Coin (BNB) ce jour après une annonce du régulateur UK

Article suivant

Le service daudit Solidity Finance blâmé pour lattaque sur le protocole DeFi Grim

Réglementation domestique5 à 10 ans 9.27