Binance.Com Kini Dalam ‘Cengkaman’ Bank Pusat Singapura!

요약:Binance tidak terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa apabila laman webnya – Binance.com dilaporkan tersenarai dalam senarai peringatan pelabur Monetary Authority of Singapore (MAS). Berdasarkan senarai tersebut, Binance.com mula disenaraikan semalam, termasuk beberapa senarai lain entiti tidak berdaftar yang telah lama disenaraikan.

Khabar mendadak ini mengejutkan komuniti kripto di negara itu, seminggu selepas Binance melantik bekas ketua pegawai undang-undang Singapore Stock Exchange dan bekas pengarah kewangan korporat MAS sebagai CEO Binance Singapura.

Bagaimanapun, Binance.sg tidak tersenarai di dalam senarai peringatan pelabur MAS.

Jelas jurucakap Binance.sg, kedua-dua entiti tersebut merupakan bursa yang berbeza dan mereka tidak pernah menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan melalui Binance.com:

“Binance.sg beroperasi dengan organisasi tersendiri, memiliki eksekutif tempatan dan pasukan pengurusan. Ia disokong oleh Vertex Venture Holdings, hanya menumpukan kepada ekosistem matawang kripto dan penyediaan perkhidmatan kepada penggunanya di Singapura.”

Binance.sg masih terselamat memandangkan ia beroperasi melalui Binance Asia Services Pte. Ltd.

Lebih menyakinkan pelabur, ia juga dikurniakan pengecualian daripada memiliki lesen di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran untuk tempoh tertentu susulan daripada permohonan perlesenan entiti tersebut masih dalam pertimbangan MAS.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"

본국 규제5~10년 9.27