Binance.Com Kini Dalam ‘Cengkaman’ Bank Pusat Singapura!

摘要:Binance tidak terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa apabila laman webnya – Binance.com dilaporkan tersenarai dalam senarai peringatan pelabur Monetary Authority of Singapore (MAS). Berdasarkan senarai tersebut, Binance.com mula disenaraikan semalam, termasuk beberapa senarai lain entiti tidak berdaftar yang telah lama disenaraikan.

Khabar mendadak ini mengejutkan komuniti kripto di negara itu, seminggu selepas Binance melantik bekas ketua pegawai undang-undang Singapore Stock Exchange dan bekas pengarah kewangan korporat MAS sebagai CEO Binance Singapura.

Bagaimanapun, Binance.sg tidak tersenarai di dalam senarai peringatan pelabur MAS.

Jelas jurucakap Binance.sg, kedua-dua entiti tersebut merupakan bursa yang berbeza dan mereka tidak pernah menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan melalui Binance.com:

“Binance.sg beroperasi dengan organisasi tersendiri, memiliki eksekutif tempatan dan pasukan pengurusan. Ia disokong oleh Vertex Venture Holdings, hanya menumpukan kepada ekosistem matawang kripto dan penyediaan perkhidmatan kepada penggunanya di Singapura.”

Binance.sg masih terselamat memandangkan ia beroperasi melalui Binance Asia Services Pte. Ltd.

Lebih menyakinkan pelabur, ia juga dikurniakan pengecualian daripada memiliki lesen di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran untuk tempoh tertentu susulan daripada permohonan perlesenan entiti tersebut masih dalam pertimbangan MAS.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

Solana击败狗狗币跻身第7大加密货币

下一篇

波卡平行链插槽拍卖是什么,有什么潜在风险和收益?

本国监管5-10年 9.27