Binance.Com Kini Dalam ‘Cengkaman’ Bank Pusat Singapura!

abstrak:Binance tidak terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa apabila laman webnya – Binance.com dilaporkan tersenarai dalam senarai peringatan pelabur Monetary Authority of Singapore (MAS). Berdasarkan senarai tersebut, Binance.com mula disenaraikan semalam, termasuk beberapa senarai lain entiti tidak berdaftar yang telah lama disenaraikan.

Khabar mendadak ini mengejutkan komuniti kripto di negara itu, seminggu selepas Binance melantik bekas ketua pegawai undang-undang Singapore Stock Exchange dan bekas pengarah kewangan korporat MAS sebagai CEO Binance Singapura.

Bagaimanapun, Binance.sg tidak tersenarai di dalam senarai peringatan pelabur MAS.

Jelas jurucakap Binance.sg, kedua-dua entiti tersebut merupakan bursa yang berbeza dan mereka tidak pernah menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan melalui Binance.com:

“Binance.sg beroperasi dengan organisasi tersendiri, memiliki eksekutif tempatan dan pasukan pengurusan. Ia disokong oleh Vertex Venture Holdings, hanya menumpukan kepada ekosistem matawang kripto dan penyediaan perkhidmatan kepada penggunanya di Singapura.”

Binance.sg masih terselamat memandangkan ia beroperasi melalui Binance Asia Services Pte. Ltd.

Lebih menyakinkan pelabur, ia juga dikurniakan pengecualian daripada memiliki lesen di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran untuk tempoh tertentu susulan daripada permohonan perlesenan entiti tersebut masih dalam pertimbangan MAS.

Disclaimer

Ang mga pananaw sa artikulong ito ay kumakatawan lamang sa mga personal na pananaw ng may-akda at hindi bumubuo ng payo sa pamumuhunan para sa platform na ito. Ang platform na ito ay hindi ginagarantiyahan ang kawastuhan, pagkakumpleto at pagiging maagap na impormasyon ng artikulo, o mananagot din para sa anumang pagkawala na sanhi ng paggamit o pag-asa ng impormasyon ng artikulo.
Nakaraang post

Binance.US Will Have Initial Public Offering (IPO)

Susunod

Polkadot Can Use Cream Finance Services by Moonbeam

Regulasyon sa Lokal5-10 taon 9.27