Binance.Com Kini Dalam ‘Cengkaman’ Bank Pusat Singapura!

Lời nói đầu:Binance tidak terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa apabila laman webnya – Binance.com dilaporkan tersenarai dalam senarai peringatan pelabur Monetary Authority of Singapore (MAS). Berdasarkan senarai tersebut, Binance.com mula disenaraikan semalam, termasuk beberapa senarai lain entiti tidak berdaftar yang telah lama disenaraikan.

Khabar mendadak ini mengejutkan komuniti kripto di negara itu, seminggu selepas Binance melantik bekas ketua pegawai undang-undang Singapore Stock Exchange dan bekas pengarah kewangan korporat MAS sebagai CEO Binance Singapura.

Bagaimanapun, Binance.sg tidak tersenarai di dalam senarai peringatan pelabur MAS.

Jelas jurucakap Binance.sg, kedua-dua entiti tersebut merupakan bursa yang berbeza dan mereka tidak pernah menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan melalui Binance.com:

“Binance.sg beroperasi dengan organisasi tersendiri, memiliki eksekutif tempatan dan pasukan pengurusan. Ia disokong oleh Vertex Venture Holdings, hanya menumpukan kepada ekosistem matawang kripto dan penyediaan perkhidmatan kepada penggunanya di Singapura.”

Binance.sg masih terselamat memandangkan ia beroperasi melalui Binance Asia Services Pte. Ltd.

Lebih menyakinkan pelabur, ia juga dikurniakan pengecualian daripada memiliki lesen di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaran untuk tempoh tertentu susulan daripada permohonan perlesenan entiti tersebut masih dalam pertimbangan MAS.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

TOAST WALLET LÀ GÌ? HƯỚNG DẪN TẠO VÀ SỬ DỤNG TOAST WALLET TỪ A-Z

Bài tiếp theo

TOP DỰ ÁN CRYPTO TIỀM NĂNG CỦA VIỆT NAM NĂM 2021

Giám sát cai quản trong nước5-10 năm 9.27