Global blockchain supervision and query platform

English
Download

XRP Bakal Disenaraikan Semula Di Platform TaoTao

XRP Bakal Disenaraikan Semula Di Platform TaoTao WikiBit 2021-09-14 18:05

XRP bakal didagangkan kembali di platform perdagangan kripto, TaoTao pada minggu hadapan. Keputusan yang diambil berlaku ketika Ripple – Securities and Exchange Commission (SEC) masih lagi bertembung dalam isu berkaitan status XRP sebagai sekuriti atau tidak.

Menurut laporan rasmi, bursa TaoTao akan menyenaraikan semula XRP pada 22 September, jam 4 petang waktu Jepun selepas selesai penyelenggaran yang dijadualkan pada hari yang sama.

Setakat ini, TaoTao sudah menjalankan aktiviti perdagangan kripto bagi empat matawang kripto; Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), dan Bitcoin Cash (BCH).

Menariknya lagi, pada 1 September TaoTao telah bergabung dengan pertukaran kripto, SBI VC Trade sebuah subsidiari kepada firma kewangan terkemuka Jepun, SBI Group.

Firma ini merupakan rakan kongsi Ripple Labs yang pernah meluahkan sokongannya terhadap XRP sebagai sebuah aset bukan sekuriti.

SBI juga dijangka akan melancarkan dana kripto yang pertama di negara itu pada akhir November ini dengan tujuan untuk mempelbagaikan lagi portfolio pelabur.

Adakah potensi untuk XRP mencatatkan lonjakan harga menjelang 22 September?

Disclaimer:

The views in this article only represent the author's personal views, and do not constitute investment advice on this platform. This platform does not guarantee the accuracy, completeness and timeliness of the information in the article, and will not be liable for any loss caused by the use of or reliance on the information in the article.

  • Token conversion
  • Exchange rate conversion
  • Calculation for foreign exchange purchasing
/
PC(S)
Current Rate
Available

0.00