Michael Novogratz Borong BTC !!!

摘要:Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital tampil untuk berkongsi pandangan beliau mengenai masa depan kripto.Secara peribadi beliau berpendapat bahawa bitcoin merupakan versi emas yang lebih baik walaupun sejak akhir-akhir ini berlaku penurunan harga yang tajam.

Novogratz tidak teragak-agak menyatakan bahawa beliau memborong lebih banyak disaat pembetulan harga yang besar baru-baru ini. Sebaliknya, dalam wawancara baru-baru ini dengan Bloomberg, beliau berpendapat bahawa bitcoin dan kripto lain bakal mewakili masa depan dunia kewangan.

Novogratz juga tidak sependapat dengan bank pusat dan perbendaharaan yang terus mencetak wang fiat dalam jumlah yang besar. Justeru, beliau mencadangkan bahawa orang ramai akan memerlukan aset nyata seperti hartanah, emas dan kripto bagi menghindari dari menerima impak percetakan wang fiat besar-besaran.

Novogratz bukan sahaja menyokong aset digital utama tetapi juga beberapa kripto alternatif. Dia melihat mereka sebagai inovasi, yang akan menjadikan pasaran kewangan masa depan “lebih telus dan lebih adil.” Novogratz menjangkakan nilai Bitcoin akan mencecah $100,000.

Ketika penulisan, harga BTC telah bangkit dari paras $28,000 kepada paras $34,211.51 dengan peningkatan sebanyak 15.96% dalam tempoh 24 jam.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

69000个比特币凭空消失!南非出现史上最大加密货币骗局

下一篇

区块链50收评 | 个股走势多数疲软 区块链50指数收跌1.26%