Michael Novogratz Borong BTC !!!

Ikhtisar:Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital tampil untuk berkongsi pandangan beliau mengenai masa depan kripto.Secara peribadi beliau berpendapat bahawa bitcoin merupakan versi emas yang lebih baik walaupun sejak akhir-akhir ini berlaku penurunan harga yang tajam.

Novogratz tidak teragak-agak menyatakan bahawa beliau memborong lebih banyak disaat pembetulan harga yang besar baru-baru ini. Sebaliknya, dalam wawancara baru-baru ini dengan Bloomberg, beliau berpendapat bahawa bitcoin dan kripto lain bakal mewakili masa depan dunia kewangan.

Novogratz juga tidak sependapat dengan bank pusat dan perbendaharaan yang terus mencetak wang fiat dalam jumlah yang besar. Justeru, beliau mencadangkan bahawa orang ramai akan memerlukan aset nyata seperti hartanah, emas dan kripto bagi menghindari dari menerima impak percetakan wang fiat besar-besaran.

Novogratz bukan sahaja menyokong aset digital utama tetapi juga beberapa kripto alternatif. Dia melihat mereka sebagai inovasi, yang akan menjadikan pasaran kewangan masa depan “lebih telus dan lebih adil.” Novogratz menjangkakan nilai Bitcoin akan mencecah $100,000.

Ketika penulisan, harga BTC telah bangkit dari paras $28,000 kepada paras $34,211.51 dengan peningkatan sebanyak 15.96% dalam tempoh 24 jam.

Disclaimer

Pandangan dalam artikel ini hanya mewakili pandangan pribadi penulis dan bukan merupakan saran investasi untuk platform ini. Platform ini tidak menjamin keakuratan, kelengkapan dan ketepatan waktu informasi artikel, juga tidak bertanggung jawab atas kerugian yang disebabkan oleh penggunaan atau kepercayaan informasi artikel.
Sebelumnya

Waspadai Platform Palsu ini!

Selanjutnya

Pra-syarat Untuk Pertumbuhan di 6.000%!