Michael Novogratz Borong BTC !!!

概要:Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital tampil untuk berkongsi pandangan beliau mengenai masa depan kripto.Secara peribadi beliau berpendapat bahawa bitcoin merupakan versi emas yang lebih baik walaupun sejak akhir-akhir ini berlaku penurunan harga yang tajam.

Novogratz tidak teragak-agak menyatakan bahawa beliau memborong lebih banyak disaat pembetulan harga yang besar baru-baru ini. Sebaliknya, dalam wawancara baru-baru ini dengan Bloomberg, beliau berpendapat bahawa bitcoin dan kripto lain bakal mewakili masa depan dunia kewangan.

Novogratz juga tidak sependapat dengan bank pusat dan perbendaharaan yang terus mencetak wang fiat dalam jumlah yang besar. Justeru, beliau mencadangkan bahawa orang ramai akan memerlukan aset nyata seperti hartanah, emas dan kripto bagi menghindari dari menerima impak percetakan wang fiat besar-besaran.

Novogratz bukan sahaja menyokong aset digital utama tetapi juga beberapa kripto alternatif. Dia melihat mereka sebagai inovasi, yang akan menjadikan pasaran kewangan masa depan “lebih telus dan lebih adil.” Novogratz menjangkakan nilai Bitcoin akan mencecah $100,000.

Ketika penulisan, harga BTC telah bangkit dari paras $28,000 kepada paras $34,211.51 dengan peningkatan sebanyak 15.96% dalam tempoh 24 jam.

免責事項

このコンテンツの見解は筆者個人的な見解を示すものに過ぎず、当社の投資アドバイスではありません。当サイトは、記事情報の正確性、完全性、適時性を保証するものではなく、情報の使用または関連コンテンツにより生じた、いかなる損失に対しても責任は負いません。
前へ

BTCChina 暗号通貨取引ビジネスから完全に撤退

次へ

Coinbase日本の暗号通貨市場の許可を取得