Michael Novogratz Borong BTC !!!

요약:Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital tampil untuk berkongsi pandangan beliau mengenai masa depan kripto.Secara peribadi beliau berpendapat bahawa bitcoin merupakan versi emas yang lebih baik walaupun sejak akhir-akhir ini berlaku penurunan harga yang tajam.

Novogratz tidak teragak-agak menyatakan bahawa beliau memborong lebih banyak disaat pembetulan harga yang besar baru-baru ini. Sebaliknya, dalam wawancara baru-baru ini dengan Bloomberg, beliau berpendapat bahawa bitcoin dan kripto lain bakal mewakili masa depan dunia kewangan.

Novogratz juga tidak sependapat dengan bank pusat dan perbendaharaan yang terus mencetak wang fiat dalam jumlah yang besar. Justeru, beliau mencadangkan bahawa orang ramai akan memerlukan aset nyata seperti hartanah, emas dan kripto bagi menghindari dari menerima impak percetakan wang fiat besar-besaran.

Novogratz bukan sahaja menyokong aset digital utama tetapi juga beberapa kripto alternatif. Dia melihat mereka sebagai inovasi, yang akan menjadikan pasaran kewangan masa depan “lebih telus dan lebih adil.” Novogratz menjangkakan nilai Bitcoin akan mencecah $100,000.

Ketika penulisan, harga BTC telah bangkit dari paras $28,000 kepada paras $34,211.51 dengan peningkatan sebanyak 15.96% dalam tempoh 24 jam.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

速汇金(MoneyGram)允许在其1.2万家零售网络店上买卖比特币

다음

프리톤이 새로운 디파이 육성 프로그램을 시작한다