Michael Novogratz Borong BTC !!!

Özet:Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital tampil untuk berkongsi pandangan beliau mengenai masa depan kripto.Secara peribadi beliau berpendapat bahawa bitcoin merupakan versi emas yang lebih baik walaupun sejak akhir-akhir ini berlaku penurunan harga yang tajam.

Novogratz tidak teragak-agak menyatakan bahawa beliau memborong lebih banyak disaat pembetulan harga yang besar baru-baru ini. Sebaliknya, dalam wawancara baru-baru ini dengan Bloomberg, beliau berpendapat bahawa bitcoin dan kripto lain bakal mewakili masa depan dunia kewangan.

Novogratz juga tidak sependapat dengan bank pusat dan perbendaharaan yang terus mencetak wang fiat dalam jumlah yang besar. Justeru, beliau mencadangkan bahawa orang ramai akan memerlukan aset nyata seperti hartanah, emas dan kripto bagi menghindari dari menerima impak percetakan wang fiat besar-besaran.

Novogratz bukan sahaja menyokong aset digital utama tetapi juga beberapa kripto alternatif. Dia melihat mereka sebagai inovasi, yang akan menjadikan pasaran kewangan masa depan “lebih telus dan lebih adil.” Novogratz menjangkakan nilai Bitcoin akan mencecah $100,000.

Ketika penulisan, harga BTC telah bangkit dari paras $28,000 kepada paras $34,211.51 dengan peningkatan sebanyak 15.96% dalam tempoh 24 jam.

Feragatname

Bu makaledeki görüşler yalnızca yazarın kişisel görüşlerini temsil eder ve bu platform için yatırım tavsiyesi teşkil etmez. Bu platform, makale bilgilerinin doğruluğunu, eksiksizliğini ve güncelliğini garanti etmez ve makale bilgilerinin kullanılması veya bunlara güvenilmesinden kaynaklanan herhangi bir kayıptan sorumlu değildir.
Önceki Gönderi

Bitcoin fiyatı 55 bin doların altına geriledi

Sonraki

TOP 3 altcoin için teknik analiz ve fiyat tahmini: ETH, BNB, SOL | 23.11