Jejak Langkah El-Salvador Bakal Jadi Ikutan?

Lời nói đầu:Pengasas Cardano Buka Mulut! El-Salvador secara rasmi menjadi negara pertama di dunia yang secara formal mengiktiraf Bitcoin sebagai tender yang sah, yang pada dasarnya adalah tidak sah sebarang penggunaan BTC sebagai medium transaksi. Bercakap mengenai perkara itu dan mengucapkan tahniah kepada seluruh masyarakat, Charles Hoskinson yang merupakan pengasas Cardano telah tampil memberi sedikiti pandangan.

Secara umumnya beliau berpendapat bahawa El-Salvador telah mengambil langkah yang berani dan memecahkan tradisi. Hal ini dijangka akan mendorong lebih banyak negara untuk mengikuti jejak langkah ini.

Dalam video beliau baru-baru ini, Charles Hoskinson, pengasas Cardano, mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat El-Savador atas penerimaan Bitcoin sebagai tender sah di El Salvador. Beliau mengatakan bahawa pada awalnya komuniti kripto hanyalah satu komuniti kecil dan tidak banyak pihak memandang serius potensi kripto. Waktu demi waktu, lebih ramai yang mula cakna dan mengakui potensi blockchain.

Justeru apa yang dilakukan El-Salvador adalah satu pencapaian yang luar biasa dan ini hanyalah permulaan. Lanjut beliau, komuniti kripto akan melihat lebih banyak pencapaian baru akan terhasil pada masa akan dtang.

Pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak negara-negara akan memasukkan kripto sebahagian daripada mekanisme dasar monetari iaitu dengan bank pusat mula mengaplikasnya dalam ekonomi atau mengikut jejak langkah El-Salvador.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

BITSHARES (BTS) LÀ GÌ? NHỮNG THÔNG TIN MỚI NHẤT VỀ BTS COIN

Bài tiếp theo

LÝ THUYẾT DOW LÀ GÌ? NGUYÊN LÝ CƠ BẢN CỦA DOW TRONG TRADE