Jejak Langkah El-Salvador Bakal Jadi Ikutan?

摘要:Pengasas Cardano Buka Mulut! El-Salvador secara rasmi menjadi negara pertama di dunia yang secara formal mengiktiraf Bitcoin sebagai tender yang sah, yang pada dasarnya adalah tidak sah sebarang penggunaan BTC sebagai medium transaksi. Bercakap mengenai perkara itu dan mengucapkan tahniah kepada seluruh masyarakat, Charles Hoskinson yang merupakan pengasas Cardano telah tampil memberi sedikiti pandangan.

Secara umumnya beliau berpendapat bahawa El-Salvador telah mengambil langkah yang berani dan memecahkan tradisi. Hal ini dijangka akan mendorong lebih banyak negara untuk mengikuti jejak langkah ini.

Dalam video beliau baru-baru ini, Charles Hoskinson, pengasas Cardano, mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat El-Savador atas penerimaan Bitcoin sebagai tender sah di El Salvador. Beliau mengatakan bahawa pada awalnya komuniti kripto hanyalah satu komuniti kecil dan tidak banyak pihak memandang serius potensi kripto. Waktu demi waktu, lebih ramai yang mula cakna dan mengakui potensi blockchain.

Justeru apa yang dilakukan El-Salvador adalah satu pencapaian yang luar biasa dan ini hanyalah permulaan. Lanjut beliau, komuniti kripto akan melihat lebih banyak pencapaian baru akan terhasil pada masa akan dtang.

Pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak negara-negara akan memasukkan kripto sebahagian daripada mekanisme dasar monetari iaitu dengan bank pusat mula mengaplikasnya dalam ekonomi atau mengikut jejak langkah El-Salvador.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

天眼DeFi日报丨Balancer与WSB DApp将合作推出加密ETP投资组合产品

下一篇

QCP Capital:美监管是加密市场波动性加剧的催化剂