Jejak Langkah El-Salvador Bakal Jadi Ikutan?

abstrak:Pengasas Cardano Buka Mulut! El-Salvador secara rasmi menjadi negara pertama di dunia yang secara formal mengiktiraf Bitcoin sebagai tender yang sah, yang pada dasarnya adalah tidak sah sebarang penggunaan BTC sebagai medium transaksi. Bercakap mengenai perkara itu dan mengucapkan tahniah kepada seluruh masyarakat, Charles Hoskinson yang merupakan pengasas Cardano telah tampil memberi sedikiti pandangan.

Secara umumnya beliau berpendapat bahawa El-Salvador telah mengambil langkah yang berani dan memecahkan tradisi. Hal ini dijangka akan mendorong lebih banyak negara untuk mengikuti jejak langkah ini.

Dalam video beliau baru-baru ini, Charles Hoskinson, pengasas Cardano, mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat El-Savador atas penerimaan Bitcoin sebagai tender sah di El Salvador. Beliau mengatakan bahawa pada awalnya komuniti kripto hanyalah satu komuniti kecil dan tidak banyak pihak memandang serius potensi kripto. Waktu demi waktu, lebih ramai yang mula cakna dan mengakui potensi blockchain.

Justeru apa yang dilakukan El-Salvador adalah satu pencapaian yang luar biasa dan ini hanyalah permulaan. Lanjut beliau, komuniti kripto akan melihat lebih banyak pencapaian baru akan terhasil pada masa akan dtang.

Pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak negara-negara akan memasukkan kripto sebahagian daripada mekanisme dasar monetari iaitu dengan bank pusat mula mengaplikasnya dalam ekonomi atau mengikut jejak langkah El-Salvador.

Disclaimer

Ang mga pananaw sa artikulong ito ay kumakatawan lamang sa mga personal na pananaw ng may-akda at hindi bumubuo ng payo sa pamumuhunan para sa platform na ito. Ang platform na ito ay hindi ginagarantiyahan ang kawastuhan, pagkakumpleto at pagiging maagap na impormasyon ng artikulo, o mananagot din para sa anumang pagkawala na sanhi ng paggamit o pag-asa ng impormasyon ng artikulo.
Nakaraang post

Complaint has been Dismissed

Susunod

Macquarie Group Invests in Blockstream