Jejak Langkah El-Salvador Bakal Jadi Ikutan?

Extrait:Pengasas Cardano Buka Mulut! El-Salvador secara rasmi menjadi negara pertama di dunia yang secara formal mengiktiraf Bitcoin sebagai tender yang sah, yang pada dasarnya adalah tidak sah sebarang penggunaan BTC sebagai medium transaksi. Bercakap mengenai perkara itu dan mengucapkan tahniah kepada seluruh masyarakat, Charles Hoskinson yang merupakan pengasas Cardano telah tampil memberi sedikiti pandangan.

Secara umumnya beliau berpendapat bahawa El-Salvador telah mengambil langkah yang berani dan memecahkan tradisi. Hal ini dijangka akan mendorong lebih banyak negara untuk mengikuti jejak langkah ini.

Dalam video beliau baru-baru ini, Charles Hoskinson, pengasas Cardano, mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat El-Savador atas penerimaan Bitcoin sebagai tender sah di El Salvador. Beliau mengatakan bahawa pada awalnya komuniti kripto hanyalah satu komuniti kecil dan tidak banyak pihak memandang serius potensi kripto. Waktu demi waktu, lebih ramai yang mula cakna dan mengakui potensi blockchain.

Justeru apa yang dilakukan El-Salvador adalah satu pencapaian yang luar biasa dan ini hanyalah permulaan. Lanjut beliau, komuniti kripto akan melihat lebih banyak pencapaian baru akan terhasil pada masa akan dtang.

Pada tahun-tahun mendatang, lebih banyak negara-negara akan memasukkan kripto sebahagian daripada mekanisme dasar monetari iaitu dengan bank pusat mula mengaplikasnya dalam ekonomi atau mengikut jejak langkah El-Salvador.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Excellentes performances de Binance Coin (BNB) ce jour après une annonce du régulateur UK

Article suivant

Le service daudit Solidity Finance blâmé pour lattaque sur le protocole DeFi Grim