Uniswap Disiasat Oleh SEC

Lời nói đầu:Baru-baru ini, komuniti kripto disajikan dengan perkembangan terbaru kes saman Securities Exchange and Commission (SEC) terhadap Ripple dengan pihak pembelaan Ripple menuntut SEC menyediakan dokumentasi berkaitan keputusan pra-perdagangan terhadap XRP, Bitcoin (BTC), dan Ethereum (ETH).

Ripple bukanlah satu-satunya yang menjadi buruan pihak SEC. Terkini turut terpalit ialah Uniswap Labs, syarikat yang menjadi tulang belakang Uniswap Decentralized Exchange (DEX) yang popular tersebut. Berdasarkan laporan di Wall Street Journal, maklumat dalaman mendapati bahawa SEC sedang meneliti sejarah pengguna dan bagaimana platform tersebut digunakan oleh para pelabur.

Siasatan ini baru berada pada peringkat awal, justeru ia tidak semestinya berakhir dengan tuduhan serius jika terbabit dalam kesalahan. Walau bagaimanapun, siasatan yang dilaporkan berlaku hanya beberapa hari setelah SEC menandatangani perjanjian kerjasama dengan firma analitik blockchain bagi membantu siasatan ekosistem Defi. Pengerusi SEC Gary Gensler memberi penekanan bahawa pasaran Defi harus dikawalselia dalam wawancara sebelumnya.

Uniswap adalah protokol DEX terkemuka yang menyumbang lebih dari satu bilion dolar dalam jumlah dagangan harian, dan ini telah menarik perhatian SEC.

Sebagaiamana dapat diperhatikan, pentadbiran A.S pada ketika ini semakin komited untuk mengawalselia kripto. Antrara buktinya ialah, pindaan pada bahagian cukai kripto dalam rang undang-undang infrastruktur.

Uniswap telah memberi respon dengan mengatakan bahawa mereka akan memberi komitmen untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengatur industri kripto dan memberikan informasi kepada pengawal selia.

Siasatan kini berada peringkat awal namun SEC telah menujukkan niat jelas untuk memantau pasaran Defi.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

SÀN KRAKEN CÓ AN TOÀN KHÔNG? ĐÁNH GIÁ CHI TIẾT SÀN KRAKEN MỚI NHẤT 2021

Bài tiếp theo

NHỮNG ĐIỀU CẦN BIẾT VỀ CHỈ SỐ BITCOIN FEAR VÀ GREED INDEX