Uniswap Disiasat Oleh SEC

Extrait:Baru-baru ini, komuniti kripto disajikan dengan perkembangan terbaru kes saman Securities Exchange and Commission (SEC) terhadap Ripple dengan pihak pembelaan Ripple menuntut SEC menyediakan dokumentasi berkaitan keputusan pra-perdagangan terhadap XRP, Bitcoin (BTC), dan Ethereum (ETH).

Ripple bukanlah satu-satunya yang menjadi buruan pihak SEC. Terkini turut terpalit ialah Uniswap Labs, syarikat yang menjadi tulang belakang Uniswap Decentralized Exchange (DEX) yang popular tersebut. Berdasarkan laporan di Wall Street Journal, maklumat dalaman mendapati bahawa SEC sedang meneliti sejarah pengguna dan bagaimana platform tersebut digunakan oleh para pelabur.

Siasatan ini baru berada pada peringkat awal, justeru ia tidak semestinya berakhir dengan tuduhan serius jika terbabit dalam kesalahan. Walau bagaimanapun, siasatan yang dilaporkan berlaku hanya beberapa hari setelah SEC menandatangani perjanjian kerjasama dengan firma analitik blockchain bagi membantu siasatan ekosistem Defi. Pengerusi SEC Gary Gensler memberi penekanan bahawa pasaran Defi harus dikawalselia dalam wawancara sebelumnya.

Uniswap adalah protokol DEX terkemuka yang menyumbang lebih dari satu bilion dolar dalam jumlah dagangan harian, dan ini telah menarik perhatian SEC.

Sebagaiamana dapat diperhatikan, pentadbiran A.S pada ketika ini semakin komited untuk mengawalselia kripto. Antrara buktinya ialah, pindaan pada bahagian cukai kripto dalam rang undang-undang infrastruktur.

Uniswap telah memberi respon dengan mengatakan bahawa mereka akan memberi komitmen untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengatur industri kripto dan memberikan informasi kepada pengawal selia.

Siasatan kini berada peringkat awal namun SEC telah menujukkan niat jelas untuk memantau pasaran Defi.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Excellentes performances de Binance Coin (BNB) ce jour après une annonce du régulateur UK

Article suivant

Le service daudit Solidity Finance blâmé pour lattaque sur le protocole DeFi Grim