Uniswap Disiasat Oleh SEC

摘要:Baru-baru ini, komuniti kripto disajikan dengan perkembangan terbaru kes saman Securities Exchange and Commission (SEC) terhadap Ripple dengan pihak pembelaan Ripple menuntut SEC menyediakan dokumentasi berkaitan keputusan pra-perdagangan terhadap XRP, Bitcoin (BTC), dan Ethereum (ETH).

Ripple bukanlah satu-satunya yang menjadi buruan pihak SEC. Terkini turut terpalit ialah Uniswap Labs, syarikat yang menjadi tulang belakang Uniswap Decentralized Exchange (DEX) yang popular tersebut. Berdasarkan laporan di Wall Street Journal, maklumat dalaman mendapati bahawa SEC sedang meneliti sejarah pengguna dan bagaimana platform tersebut digunakan oleh para pelabur.

Siasatan ini baru berada pada peringkat awal, justeru ia tidak semestinya berakhir dengan tuduhan serius jika terbabit dalam kesalahan. Walau bagaimanapun, siasatan yang dilaporkan berlaku hanya beberapa hari setelah SEC menandatangani perjanjian kerjasama dengan firma analitik blockchain bagi membantu siasatan ekosistem Defi. Pengerusi SEC Gary Gensler memberi penekanan bahawa pasaran Defi harus dikawalselia dalam wawancara sebelumnya.

Uniswap adalah protokol DEX terkemuka yang menyumbang lebih dari satu bilion dolar dalam jumlah dagangan harian, dan ini telah menarik perhatian SEC.

Sebagaiamana dapat diperhatikan, pentadbiran A.S pada ketika ini semakin komited untuk mengawalselia kripto. Antrara buktinya ialah, pindaan pada bahagian cukai kripto dalam rang undang-undang infrastruktur.

Uniswap telah memberi respon dengan mengatakan bahawa mereka akan memberi komitmen untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengatur industri kripto dan memberikan informasi kepada pengawal selia.

Siasatan kini berada peringkat awal namun SEC telah menujukkan niat jelas untuk memantau pasaran Defi.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

NFT趋势解构:这七个方面值得重点关注

下一篇

V神希望 Doge 使用以太坊代码迁移到 PoS