Uniswap Disiasat Oleh SEC

요약:Baru-baru ini, komuniti kripto disajikan dengan perkembangan terbaru kes saman Securities Exchange and Commission (SEC) terhadap Ripple dengan pihak pembelaan Ripple menuntut SEC menyediakan dokumentasi berkaitan keputusan pra-perdagangan terhadap XRP, Bitcoin (BTC), dan Ethereum (ETH).

Ripple bukanlah satu-satunya yang menjadi buruan pihak SEC. Terkini turut terpalit ialah Uniswap Labs, syarikat yang menjadi tulang belakang Uniswap Decentralized Exchange (DEX) yang popular tersebut. Berdasarkan laporan di Wall Street Journal, maklumat dalaman mendapati bahawa SEC sedang meneliti sejarah pengguna dan bagaimana platform tersebut digunakan oleh para pelabur.

Siasatan ini baru berada pada peringkat awal, justeru ia tidak semestinya berakhir dengan tuduhan serius jika terbabit dalam kesalahan. Walau bagaimanapun, siasatan yang dilaporkan berlaku hanya beberapa hari setelah SEC menandatangani perjanjian kerjasama dengan firma analitik blockchain bagi membantu siasatan ekosistem Defi. Pengerusi SEC Gary Gensler memberi penekanan bahawa pasaran Defi harus dikawalselia dalam wawancara sebelumnya.

Uniswap adalah protokol DEX terkemuka yang menyumbang lebih dari satu bilion dolar dalam jumlah dagangan harian, dan ini telah menarik perhatian SEC.

Sebagaiamana dapat diperhatikan, pentadbiran A.S pada ketika ini semakin komited untuk mengawalselia kripto. Antrara buktinya ialah, pindaan pada bahagian cukai kripto dalam rang undang-undang infrastruktur.

Uniswap telah memberi respon dengan mengatakan bahawa mereka akan memberi komitmen untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengatur industri kripto dan memberikan informasi kepada pengawal selia.

Siasatan kini berada peringkat awal namun SEC telah menujukkan niat jelas untuk memantau pasaran Defi.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"