Produk Pelaburan Pertama Solana (SOL) Dilancarkan!

Lời nói đầu:Firma pengurusan aset kripto, Osprey Funds akhirnya telah melancarkan produk amanah Solana (Solana trust product) kepada pelaburnya dengan langganan minima pelaburan sebanyak $10,000.

Jelas Osprey, ini merupakan produk pelaburan pertama Solana (SOL) yang wujud dalam pasaran Amerika Syarikat.

Tidak terhenti hanya di sini, firma tersebut juga merancang mahu menyenaraikan dana Solana di pasaran OTCQX secepat yang mungkin, malah bersetuju untuk memansuhkan kos pengurusan sebanyak 2.5% kepada para pelaburnya sehingga Januari 2023.

Selain Solana, Osprey Funds turut menawarkan produk amanah Bitcoin (BTC), Polkadot (DOT), dan Algorand (ALGO).

Sebelum ini, Grayscale juga ada mendedahkan pihak mereka dalam perancangan untuk melancarkan produk amanah SOL tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk ke arah itu.

CEO Osprey juga menunjukkan keyakinannya terhadap Solana, mendakwa rangkaian ini merupakan sebuah teknologi yang berpotensi kerana keunikkannya berbanding blockchain yang lain.

Seperti yang dijangka penganalisis Intraday, Solana sekali lagi melakarkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH) dengan rekod tengahari semalam, $216.

Miễn trừ trách nhiệm

Các ý kiến ​​trong bài viết này chỉ thể hiện quan điểm cá nhân của tác giả và không phải lời khuyên đầu tư. Thông tin trong bài viết mang tính tham khảo và không đảm bảo tính chính xác tuyệt đối. Nền tảng không chịu trách nhiệm cho bất kỳ quyết định đầu tư nào được đưa ra dựa trên nội dung này.
Bài viết trước

LÝ THUYẾT DOW LÀ GÌ? NGUYÊN LÝ CƠ BẢN CỦA DOW TRONG TRADE

Bài tiếp theo

ĐÁNH GIÁ TOÀN TẬP VỀ VÍ LẠNH ĐIỆN TỬ TREZOR