Produk Pelaburan Pertama Solana (SOL) Dilancarkan!

الملخص:Firma pengurusan aset kripto, Osprey Funds akhirnya telah melancarkan produk amanah Solana (Solana trust product) kepada pelaburnya dengan langganan minima pelaburan sebanyak $10,000.

Jelas Osprey, ini merupakan produk pelaburan pertama Solana (SOL) yang wujud dalam pasaran Amerika Syarikat.

Tidak terhenti hanya di sini, firma tersebut juga merancang mahu menyenaraikan dana Solana di pasaran OTCQX secepat yang mungkin, malah bersetuju untuk memansuhkan kos pengurusan sebanyak 2.5% kepada para pelaburnya sehingga Januari 2023.

Selain Solana, Osprey Funds turut menawarkan produk amanah Bitcoin (BTC), Polkadot (DOT), dan Algorand (ALGO).

Sebelum ini, Grayscale juga ada mendedahkan pihak mereka dalam perancangan untuk melancarkan produk amanah SOL tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk ke arah itu.

CEO Osprey juga menunjukkan keyakinannya terhadap Solana, mendakwa rangkaian ini merupakan sebuah teknologi yang berpotensi kerana keunikkannya berbanding blockchain yang lain.

Seperti yang dijangka penganalisis Intraday, Solana sekali lagi melakarkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH) dengan rekod tengahari semalam, $216.

عدم اعطاء رأي

الآراء الواردة في هذه المقالة تمثل فقط الآراء الشخصية للمؤلف ولا تشكل نصيحة استثمارية لهذه المنصة. لا تضمن هذه المنصة دقة معلومات المقالة واكتمالها وتوقيتها ، كما أنها ليست مسؤولة عن أي خسارة ناتجة عن استخدام معلومات المقالة أو الاعتماد عليها.
المنشور السابق

البيتكوين والإيثيريوم تصححان لكن الانخفاضات مدعومة

التالي

يتم إرسال معظم العملات الرقمية الروسية والأوكرانية إلى خارج البلاد