Produk Pelaburan Pertama Solana (SOL) Dilancarkan!

Абстракт:Firma pengurusan aset kripto, Osprey Funds akhirnya telah melancarkan produk amanah Solana (Solana trust product) kepada pelaburnya dengan langganan minima pelaburan sebanyak $10,000.

Jelas Osprey, ini merupakan produk pelaburan pertama Solana (SOL) yang wujud dalam pasaran Amerika Syarikat.

Tidak terhenti hanya di sini, firma tersebut juga merancang mahu menyenaraikan dana Solana di pasaran OTCQX secepat yang mungkin, malah bersetuju untuk memansuhkan kos pengurusan sebanyak 2.5% kepada para pelaburnya sehingga Januari 2023.

Selain Solana, Osprey Funds turut menawarkan produk amanah Bitcoin (BTC), Polkadot (DOT), dan Algorand (ALGO).

Sebelum ini, Grayscale juga ada mendedahkan pihak mereka dalam perancangan untuk melancarkan produk amanah SOL tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk ke arah itu.

CEO Osprey juga menunjukkan keyakinannya terhadap Solana, mendakwa rangkaian ini merupakan sebuah teknologi yang berpotensi kerana keunikkannya berbanding blockchain yang lain.

Seperti yang dijangka penganalisis Intraday, Solana sekali lagi melakarkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH) dengan rekod tengahari semalam, $216.

Отказ от ответственности

Мнения в этой статье отражают только личное мнение автора и не являются советом по инвестированию для этой платформы. Эта платформа не гарантирует точность, полноту и актуальность информации о статье, а также не несет ответственности за любые убытки, вызванные использованием или надежностью информации о статье.
Предыдущая статья

Macquarie и Blockstream объединяют усилия в области майнинга

Следущая статья

«Убийца» Ethereum вырос за неделю на 53%