Produk Pelaburan Pertama Solana (SOL) Dilancarkan!

Extrait:Firma pengurusan aset kripto, Osprey Funds akhirnya telah melancarkan produk amanah Solana (Solana trust product) kepada pelaburnya dengan langganan minima pelaburan sebanyak $10,000.

Jelas Osprey, ini merupakan produk pelaburan pertama Solana (SOL) yang wujud dalam pasaran Amerika Syarikat.

Tidak terhenti hanya di sini, firma tersebut juga merancang mahu menyenaraikan dana Solana di pasaran OTCQX secepat yang mungkin, malah bersetuju untuk memansuhkan kos pengurusan sebanyak 2.5% kepada para pelaburnya sehingga Januari 2023.

Selain Solana, Osprey Funds turut menawarkan produk amanah Bitcoin (BTC), Polkadot (DOT), dan Algorand (ALGO).

Sebelum ini, Grayscale juga ada mendedahkan pihak mereka dalam perancangan untuk melancarkan produk amanah SOL tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk ke arah itu.

CEO Osprey juga menunjukkan keyakinannya terhadap Solana, mendakwa rangkaian ini merupakan sebuah teknologi yang berpotensi kerana keunikkannya berbanding blockchain yang lain.

Seperti yang dijangka penganalisis Intraday, Solana sekali lagi melakarkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH) dengan rekod tengahari semalam, $216.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Excellentes performances de Binance Coin (BNB) ce jour après une annonce du régulateur UK

Article suivant

Le service daudit Solidity Finance blâmé pour lattaque sur le protocole DeFi Grim