Whales Bitcoin Pupus Dah Ke ?

Resumo:Penganalisis Willy Woo tampil mendedahkan bilangan whales terbesar atau humpback whales Bitcoin (BTC) yang mencatatkan pegangan entiti berjumlah 10,000 Bitcoin atau lebih mula mencatatkan penurunan jelas sejak kebelakangan ini.

Jelas individu tersebut, penurunan jumlah golongan berpunca apabila mereka menjual sejumlah besar BTC kepada pelabur kecil sejak 2012.

Walaupun penjualan yang berlaku menunjukkan sentimen bearish bagi sesetengah pihak, Woo menjelaskan ia merupakan satu tindakan yang baik untuk prestasi jangka panjang BTC:

“Sudah tentu ia petanda yang baik. Mereka lakukannya demi desentralisasi. Dimana-mana sahaja anda boleh nampak golongan ini menjual atau membeli BTC. Dan jika anda berminat dengan Bitcoin dari 763 mikrosen sehingga $42,000 selama 12 tahun, sudah tentu anda berminat dengan whales yang mengurangkan pegangan mereka dan lebih ramai memilikinya.”

Woo juga berkongsi tentang golongan yang mula muncul dalam pasaran ini. Dia menyifatkan golongan ini memainkan peranan penting dalam kitaran pasaran semasa:

“Terdapat peningkatan jumlah golongan yang memiliki lebih 100 BTC atau dikenali sebagai dolphin sharks. Mereka ini adalah firma pengurusan kekayaan swasta dan hedge funds. Majoriti aset humpback whales dibeli oleh mereka.”

Perkongsian daripada Woo menunjukkan pengedaran aset BTC dalam rangkaian ini berjalan dengan baik dengan pembahagian yang sama rata. Ia jelas menunjukkan konsep pemilikan yang desentralisasi.

Isenção de responsabilidade

Os pontos de vista expressos neste artigo representam a opinião pessoal do autor e não constituem conselhos de investimento da plataforma. A plataforma não garante a veracidade, completude ou actualidade da informação contida neste artigo e não é responsável por quaisquer perdas resultantes da utilização ou confiança na informação contida neste artigo.
Postagem anterior

Motorola vai realizar o primeiro reality gamer do Brasil com o League of Legends: Wild Rift, qualquer gamer pode se inscrever gratuitamente

Próximo

'Memes adormecidos podem superar valorização do Bitcoin' diz trader indicando alta de 77% para SafeMoon, Shiba Inu e Dogecoin