Whales Bitcoin Pupus Dah Ke ?

요약:Penganalisis Willy Woo tampil mendedahkan bilangan whales terbesar atau humpback whales Bitcoin (BTC) yang mencatatkan pegangan entiti berjumlah 10,000 Bitcoin atau lebih mula mencatatkan penurunan jelas sejak kebelakangan ini.

Jelas individu tersebut, penurunan jumlah golongan berpunca apabila mereka menjual sejumlah besar BTC kepada pelabur kecil sejak 2012.

Walaupun penjualan yang berlaku menunjukkan sentimen bearish bagi sesetengah pihak, Woo menjelaskan ia merupakan satu tindakan yang baik untuk prestasi jangka panjang BTC:

“Sudah tentu ia petanda yang baik. Mereka lakukannya demi desentralisasi. Dimana-mana sahaja anda boleh nampak golongan ini menjual atau membeli BTC. Dan jika anda berminat dengan Bitcoin dari 763 mikrosen sehingga $42,000 selama 12 tahun, sudah tentu anda berminat dengan whales yang mengurangkan pegangan mereka dan lebih ramai memilikinya.”

Woo juga berkongsi tentang golongan yang mula muncul dalam pasaran ini. Dia menyifatkan golongan ini memainkan peranan penting dalam kitaran pasaran semasa:

“Terdapat peningkatan jumlah golongan yang memiliki lebih 100 BTC atau dikenali sebagai dolphin sharks. Mereka ini adalah firma pengurusan kekayaan swasta dan hedge funds. Majoriti aset humpback whales dibeli oleh mereka.”

Perkongsian daripada Woo menunjukkan pengedaran aset BTC dalam rangkaian ini berjalan dengan baik dengan pembahagian yang sama rata. Ia jelas menunjukkan konsep pemilikan yang desentralisasi.

면책 성명

본 기사의 견해는 저자의 개인적 견해일 뿐이며 본 플랫폼은 투자 권고를 하지 않습니다. 본 플랫폼은 기사 내 정보의 정확성, 완전성, 적시성을 보장하지 않으며, 개인의 기사 내 정보에 의한 손실에 대해 책임을 지지 않습니다.
전편

싱가포르, 가상자산거래소 첫 허가

다음

프리톤 블록체인 "초당 5만 5000건 처리…신기록 경신"