Whales Bitcoin Pupus Dah Ke ?

Extrait:Penganalisis Willy Woo tampil mendedahkan bilangan whales terbesar atau humpback whales Bitcoin (BTC) yang mencatatkan pegangan entiti berjumlah 10,000 Bitcoin atau lebih mula mencatatkan penurunan jelas sejak kebelakangan ini.

Jelas individu tersebut, penurunan jumlah golongan berpunca apabila mereka menjual sejumlah besar BTC kepada pelabur kecil sejak 2012.

Walaupun penjualan yang berlaku menunjukkan sentimen bearish bagi sesetengah pihak, Woo menjelaskan ia merupakan satu tindakan yang baik untuk prestasi jangka panjang BTC:

“Sudah tentu ia petanda yang baik. Mereka lakukannya demi desentralisasi. Dimana-mana sahaja anda boleh nampak golongan ini menjual atau membeli BTC. Dan jika anda berminat dengan Bitcoin dari 763 mikrosen sehingga $42,000 selama 12 tahun, sudah tentu anda berminat dengan whales yang mengurangkan pegangan mereka dan lebih ramai memilikinya.”

Woo juga berkongsi tentang golongan yang mula muncul dalam pasaran ini. Dia menyifatkan golongan ini memainkan peranan penting dalam kitaran pasaran semasa:

“Terdapat peningkatan jumlah golongan yang memiliki lebih 100 BTC atau dikenali sebagai dolphin sharks. Mereka ini adalah firma pengurusan kekayaan swasta dan hedge funds. Majoriti aset humpback whales dibeli oleh mereka.”

Perkongsian daripada Woo menunjukkan pengedaran aset BTC dalam rangkaian ini berjalan dengan baik dengan pembahagian yang sama rata. Ia jelas menunjukkan konsep pemilikan yang desentralisasi.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Les cryptomonnaies de plus en plus admises sur les sites de paris

Article suivant

Poursuite des débats autour de la loi sur linfrastructure crypto américaine