Whales Bitcoin Pupus Dah Ke ?

abstrak:Penganalisis Willy Woo tampil mendedahkan bilangan whales terbesar atau humpback whales Bitcoin (BTC) yang mencatatkan pegangan entiti berjumlah 10,000 Bitcoin atau lebih mula mencatatkan penurunan jelas sejak kebelakangan ini.

Jelas individu tersebut, penurunan jumlah golongan berpunca apabila mereka menjual sejumlah besar BTC kepada pelabur kecil sejak 2012.

Walaupun penjualan yang berlaku menunjukkan sentimen bearish bagi sesetengah pihak, Woo menjelaskan ia merupakan satu tindakan yang baik untuk prestasi jangka panjang BTC:

“Sudah tentu ia petanda yang baik. Mereka lakukannya demi desentralisasi. Dimana-mana sahaja anda boleh nampak golongan ini menjual atau membeli BTC. Dan jika anda berminat dengan Bitcoin dari 763 mikrosen sehingga $42,000 selama 12 tahun, sudah tentu anda berminat dengan whales yang mengurangkan pegangan mereka dan lebih ramai memilikinya.”

Woo juga berkongsi tentang golongan yang mula muncul dalam pasaran ini. Dia menyifatkan golongan ini memainkan peranan penting dalam kitaran pasaran semasa:

“Terdapat peningkatan jumlah golongan yang memiliki lebih 100 BTC atau dikenali sebagai dolphin sharks. Mereka ini adalah firma pengurusan kekayaan swasta dan hedge funds. Majoriti aset humpback whales dibeli oleh mereka.”

Perkongsian daripada Woo menunjukkan pengedaran aset BTC dalam rangkaian ini berjalan dengan baik dengan pembahagian yang sama rata. Ia jelas menunjukkan konsep pemilikan yang desentralisasi.

Disclaimer

Ang mga pananaw sa artikulong ito ay kumakatawan lamang sa mga personal na pananaw ng may-akda at hindi bumubuo ng payo sa pamumuhunan para sa platform na ito. Ang platform na ito ay hindi ginagarantiyahan ang kawastuhan, pagkakumpleto at pagiging maagap na impormasyon ng artikulo, o mananagot din para sa anumang pagkawala na sanhi ng paggamit o pag-asa ng impormasyon ng artikulo.
Nakaraang post

Ang Desentralisadong Serbisyo sa Streaming ng Musika na Audius ay may Milyun-milyong mga Gumagamit

Susunod

Mga Istorya mula noong 2050: Isang pagtingin sa isang mundo na itinayo sa mga NFT