Akhirnya, Pengasas BitConnect Didakwa Tipu RM8.3 Bilion!

Extrait:Securities Exchange and Commission (SEC) akhirnya telah mendakwa pengasas BitConnect kerana didapati telah menipu ribuan pelabur dengan jumlah $2 bilion (sekitar RM8.3 bilion), termasuk menjalankan penawaran pelaburan tidak berdaftar. Pengasas BitConnect, Satish Kumbhani telah menipu para pelaburnya tentang kemampuan token kripto BitConnect yang mampu memberi keuntungan sehingga 40% melalui “volatility software trading bot”, sedangkan bot tersebut tidak wujud.

Pada masa yang sama, SEC turut mendakwa seorang promoter, Glenn Arcaro kerana telah menerima lebih $24 juta dalam komisen rujukan (commision referral) melalui BitConnect.

Sementara itu, lagi lima individu yang terlibat dalam skim penipuan ini telah turut didakwa pada Mei lalu.

BitConnect diasaskan pada 2016, turut melancarkan token natif – BitConnect Coin yang dikatakan boleh ditukar kepada Bitcoin (BTC).

Melalui program pinjaman yang ditawarkan BitConnect Coin, sebanyak 40% keuntungan bulan dan 3,700% keuntungan tahunan mampu diperoleh menggunakan “volatility software trading bot”.

Sebaliknya berlaku apabila BitConnect Coin menjunam 92% pada 16 Januari 2018, menyebabkan para pelabur berputih mata.

Penipuan BitConnect ini juga disamakan sebagai skim ponzi kerana pelabur dibayar dengan wang yang diperoleh daripada pelabur baru.

Avertissement

Les opinions exprimées dans cet article représentent le point de vue personnel de l'auteur et ne constituent pas des conseils d'investissement de la plateforme. La plateforme ne garantit pas l'exactitude, l'exhaustivité ou l'actualité des informations contenues dans cet article et n'est pas responsable de toute perte résultant de l'utilisation ou de la confiance dans les informations contenues dans cet article.
Article précédent

Excellentes performances de Binance Coin (BNB) ce jour après une annonce du régulateur UK

Article suivant

Le service daudit Solidity Finance blâmé pour lattaque sur le protocole DeFi Grim