Akhirnya, Pengasas BitConnect Didakwa Tipu RM8.3 Bilion!

摘要:Securities Exchange and Commission (SEC) akhirnya telah mendakwa pengasas BitConnect kerana didapati telah menipu ribuan pelabur dengan jumlah $2 bilion (sekitar RM8.3 bilion), termasuk menjalankan penawaran pelaburan tidak berdaftar. Pengasas BitConnect, Satish Kumbhani telah menipu para pelaburnya tentang kemampuan token kripto BitConnect yang mampu memberi keuntungan sehingga 40% melalui “volatility software trading bot”, sedangkan bot tersebut tidak wujud.

Pada masa yang sama, SEC turut mendakwa seorang promoter, Glenn Arcaro kerana telah menerima lebih $24 juta dalam komisen rujukan (commision referral) melalui BitConnect.

Sementara itu, lagi lima individu yang terlibat dalam skim penipuan ini telah turut didakwa pada Mei lalu.

BitConnect diasaskan pada 2016, turut melancarkan token natif – BitConnect Coin yang dikatakan boleh ditukar kepada Bitcoin (BTC).

Melalui program pinjaman yang ditawarkan BitConnect Coin, sebanyak 40% keuntungan bulan dan 3,700% keuntungan tahunan mampu diperoleh menggunakan “volatility software trading bot”.

Sebaliknya berlaku apabila BitConnect Coin menjunam 92% pada 16 Januari 2018, menyebabkan para pelabur berputih mata.

Penipuan BitConnect ini juga disamakan sebagai skim ponzi kerana pelabur dibayar dengan wang yang diperoleh daripada pelabur baru.

免责声明

本文观点仅代表作者个人观点,不构成本平台的投资建议,本平台不对文章信息准确性、完整性和及时性作出任何保证,亦不对因使用或信赖文章信息引发的任何损失承担责任
上一篇

波卡平行链插槽拍卖是什么,有什么潜在风险和收益?

下一篇

Loot空投价值已超4.2万美元!这份领取指南要收好